foto: bertha/GARASIFunnyTime
GARASIFunnyTime - Posting terbaru kali ini mengupas berbagai cerita lucu pendek. Cerita lucu serba pendek disini berhubungan tentang pesan pendek, jangka pendek, karangan pendek, laporan pendek, dan celana pendek.
Siapkan ekstra energi untuk tertawa setengah mati. Kumpulan cerita pendek lucu banget ini dikumpulkan dari berbagai sumber gokil cerita lucu singkat nan pendek nan singkat yang asli lucu sekali banget pisan.
Tentunya cerita humor pendek paling lucu yang dipilih sudah lulus uji standar kelayakan ngakak dan konyol minimum yang disyaratkan oleh pemerintah. Akhir kata, selamat menikmati cerita lucu pendek yang bikin ngakak dan super gokil dibawah ini.
foto: bertha/GARASIFunnyTime
Tuduhan Mencuri Motor
Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.
"Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif..." kata si pemuda itu membela diri.
"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya..."
Sakit Jiwa Kira Dirinya Jagung
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"
Pakar Jiwa dan Mentol Lampu
Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai, sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.
"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.
"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit... Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.
"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.
"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"
Berjaya Menipu Doktor
Di sebuah hospital sakit mental, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaan. Lalu doktor menghampiri pesakitnya tadi.
DOKTOR: "Apa khabar anjing awak, sedang bawa dia pergi jalan-jalan ye?"
PESAKIT: "Ni selipar lah doktor, bukannya anjing..."
DOKTOR: "Syukurlah kamu dah sembuh."
Doktor pun meninggalkan pesakitnya itu tadi. Lalu si pesakit tadi berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Hahaha... kita berjaya menipu doktor tu kan BLECKY ?"
SUMBER: WWW.GARASIGAMING.COM
No comments:
Post a Comment